Jumat, 26 April 2013

0 baju teuing


Jangan Lupa Tinggalkan Komentar Kalian Ya...!!!
Baju Raya Termahal Di Dunia [399,900] Semasa aku berjalan-jalan di Putrajaya,aku tengok satu ruangan di Alamanda Putrajaya ni dikerumuni oleh ramai orang berbilang kaum tidak kira lelaki dan perempuan.Semuanya berkumpul seperti ada sesuatu benda yang menarik.Jadi,aku pun dengan handset di tangan pun pergi ke kawasan tersebut. Rupa-rupanya,benda yang menjadi perhatian adalah pameran baju hari raya termahal di dunia.Untuk tontonan umum,aku sempat snap gambar baju tersebut walaupun dilarang pengawal yang menjaga baju termahal didunia tersebut.Ini adalah gambar yang sempat aku snap. Baju Raya di atas adalah sangat mahal dan amat mustahil untuk orang-orang biasa memilikinya.Sekiranya korang dapat melihat tag harga baju tersebut,baju tersebut bernilai 399,900.Harganya hampir separuh juta. Dengan sulaman sulaman emas yang terdapat pada baju tersebut,si pemakai memang berada pada kelas tersendiri.Sungguh aku tak dapat bayangkan aku memakai baju yang bernilai 399,900.Sekiranya korang tidak dapat melihat tag harga tersebut dengan jelas,korang boleh melihat gambar dibawah.Sambil ditolak-tolak oleh lautan manusia,aku sempat snap lagi satu pic. Sekarang korang dah dapat melihat dengan jelas kan? Percayalah...ini bukan kisah dogengan.. TAPI...JAP.... Ada perkataan RP dihadapan?owh..maafkan aku.Ini rupa-rupanya baju raya adik aku yang belajar di Indonesia tu berharga RP399,900 bersamaan dengan RM60++..Hehehe..aku bergurau..Jangan marah-marah..nanti kena jual. Ini merupakan entry terakhir aku iaitu entry ke empat pada hari ini.Besok,selepas sahur,aku akan bertolak ke kampung tercinta. Dikesempatan ini,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan blogger dan aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya sepanjang tempoh aku berblogging ini,aku ada menyakiti,menyindir atau bergurau kasar dengan sesiapa sahaja terutamanya rakan-rakan blogging.Aku cuma insan biasa dan masih belajar dalam dunia berblogging ini.

0 komentar:

Posting Komentar